Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Maha suci Allah yang telah menciptakan manusia dan semua makhluk lain. Dia bukan sahaja mencipta, malah memelihara ciptaan-Nya serta mengambil tanggungjawab untuk menyempurnakan rezeki untuk semua makhluk ciptaanNya. Kehidupan semua makhluk akan berakhir berlakunya kiamat kecuali bagi manusia dan jin. Bagi dua makhluk ini, disitulah bermulanya kehidupan yang sebenar. Kehidupan yang tidak berakhir dan tiada penghujung.
Di dunia itu, telah sediakan pelbagai nikmat dan azab untuk dua makhluk ini. Nikmat dan azab yang tidak terbayang dalam minda, yang tidak terlintas dalam hati, tidak terlihat oleh mata, yang tidak terdengar dengan telinga. Apabila berjaya satu makhluk didunia itu, maka dia akan bahagia selama-lamanya. Manakala apabila gagal seorang makhluk, maka kesengsaraan yang selama-lamanye untuk makhluk itu. Oleh yang demikian, marilah kita mula membuat persediaan untuk dunia itu dengan membuat sebanyak mungkin bekalan amalan supaya menjadi orang2 yang diredhai Allah di hari kemudian.
No comments:
Post a Comment